Assalamualaikum w.b.t

Al-Aflah adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan memfokuskan kepada perkhidmatan yang berasaskan Produk Perkhidmatan Islamik. Bertitik-tolak dari pada itu syarikat telah menyediakan pelbagai perkhidmatan yang menjadi keperluan kepada pengguna dan ianya akan ditambah dari masa ke semasa.

Ianya bermula dengan pembangunan modal insan dimana Al-Aflah Training yang digunakan untuk melatih dan membangun modal insan untuk menjadi penggerak yang berkesan dalam bidang perniagaan dimana Al-Aflah bukan sahaja melatih dalam bidang keusahawanan tetapi ianya termasuklah bidang kerohanian, kepimpinan, jatidiri dan sebagainya, yang mana ianya mampu melahirkan generasi yang berilmu dan beriman.

Al-Aflah Agro pula membangunkan perusahaan dalam pengeluaran produk pertanian. Kami memfokuskan penghasilan produk pertanian dan sokongan untuk pertanian, dari baja hinggalah kepada penghasilan barangan makanan.

Produk Kesihatan juga antara produk yang dikeluarkan oleh Al-Aflah dibawah Al-Aflah Herb Health. Teh misai kuching, mas cotek, subang nenek dan beberapa teh herba lain adalah produk utama Al-Aflah Herb Health. Selain dari itu produk berasaskan gamat juga ada dikeluarkan oleh kami secara tradisi. Kami juga menyediakan rawatan secara Islam untuk masalah-masalah yang yang melibatkan gangguan makhluk halus dan sebagainya.

Al-Aflah Souvenir memfokuskan produk-produk 'custom made' yang dibuat khusus untuk diberikan sebagai hadiah seperti minyak wangi, tag kereta, sticker, baju kemeja dan sebagainya.

Sebagai sebuah syarikat baru, kebanyakan produk yang kami hasilkan adalah masih lagi dalam proses pembangunan dan kami berharap sokongan dari semua pihak untuk menyokong usaha kami membangun produk muslim. Kami juga merangka strategi untuk membangunkan media baru yang berasaskan ICT sebagai unit sokongan untuk pembangunan perniagaan kami, juga untuk memudahkan komunikasi dua hala, antara syarikat dengan pelanggan serta pembekal.

Ustaz Muhammad Bahzan Baharom

 
  © Hakcipta Terpelihara Al-Aflah Resources.   New Denim Design by : Sentralpoint Systems

PERHATIAN : Al-Aflah Resources tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berpunca dari maklumat yang diambil dari weblog ini. Segala maklumat didalam weblog ini adalah benar pada masa dan tarikh ianya diterbit.Sila pastikan anda mengikuti sebarang perubahan dari masa ke semasa.